Wednesday, November 14, 2012

ALLAH MENGUJI DENGAN CANTIK

Assalamualaikum ya akhi, ya ukhti

Alhamdulilah..mari bicara soal cantik

CANTIK..
ramai yang anggap ia subjektif...sebabnya..semua orang bebas untuk memberi  pendapat..


Siapa lagi yang ingin memuji diri kalau bukan diri sendiri?..namun jangan terlalu memuji.takut orang benci di kemudian hari...Tuan tanah atau saya bahasakan diri sebagai PENULIS ya..penulis ingin berkongsi sedikit pengalaman mengenai CANTIK..agar pengalaman ini dapat membuat anda berfikir maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis.

Penulis pernah merasakan bagaimana perasaan memiliki kulit yang hitam/gelap,berjerawat,berminyak dan juga putih bersih. .. Jangan cepat memandang serong terhadap orang yang tidak cantik atau memiliki kulit yang bermasalah..

Penulis seorang yang aktif bersukan dan berkawad satu ketika dulu..jadi mungkin pembaca tahu rupanya bukan..??..semestinya gelap + hitam ..hehe.. tapi penulis kebal denga ejekan atau perlian..kerana penulis dan Allah tahu warna kulit yang sebenar..kan?..Tapi penulis pernah terasa kecil hati , mungkin waktu tu penulis masih budak-budak , tak matang katakan ..penulis sentiasa ingin nampak cerah saja sebab semua family penulis kulitnya Cerah..penulis ja tersesat sebentar ..hihi..jadi Penulis pernah berfikir sejenak, kenapa penulis  tak boleh bersabar seketika padahal mereka yang diluar sana ada saja yang memiliki kulit yang bermasalah, namun tetap sabar..
....JADI PENULIS BELAJAR SUPAYA LEBIH MENGHARGAI APA YANG DIMILIKI........

Penulis kembali kepada tone dan rupa yang asal pada penggal pertama memasuki universiti..Penulis melihat..kaum  adam kebanyakkannya memilih pada rupa ..Bak kata orang suka pandangan pertama..Fakta bahawa kaum Adam akan tertarik pada rupa dahulu..kemudian baru mereka memikirkan perangai kaum hawa itu...Atau..mereka akan tertarik dengan sikap kaum hawa itu,kemudian baru  memikirkan rupa..kadang itu,jika sikapnya bagus rupa tidak penting..tapi bila sikap xbagus,rupa yang cantik pun tak dipandang..=)

Alhamdlilah..penulis sudah berazam dan juga mula untuk berhijrah ketika melangkah ke Universiti..Meninggalkan yang dahulu..Dan menanam cinta hanya pada ALLAH..menutup hati untuk menerima cinta manusia yang tak ke penghujungnya...Allah memakbulkan doa penulis dengan mengisi aktiviti penulis penuh dengan benda yang positif..sibukkan diri anda dengan hal yang positif agar anda dapat mengelak melakukan hal yang negatif.Alhamdulilah...

Penggal kedua..penulis diuji dengan keadaan muka penulis yang bermasalah....akibat dari memakai kosmetik..Penulis berhenti kerana sudah tidak sesuai dengan cuaca disana..Penulis jadi malu untuk berhadapan dengan orang ..juga ketika dalam kelas.Bayangkan penggal pertama penulis aktif berbicara dihadapan..namun penggal kedua, penulis menjadi pendiam.Penulis cuba menonjol dengan mengikut trend pemakaian dan juga mula mencantikkan diri.Penulis cuba kaburkan pada diri penulis sendiri untuk berlagak seperti biasa.Penulis sentiasa cuba untuk memulihkan kembali kulit yang bermasalah..namun semakin hari, semakin tiada penyelesaian.Seperti Allah menutup jalan untuk penulis mencarinya..Alhamdulilah,  Penulis tersedar dengan kata sahabat penulis

  ALLAH NAK MENGUJI KAMU SEBAB TAK BERSYUKUR DENGAN NIKMAT ALLAH.

Penulis mula  sedar diri sedar ruang, muhasabah diri kembali. Penulis sentiasa berdoa ketika mencuci muka,berniat juga ketika wudhu' , berdoa selepas solat.Penulis perbetulkan niat penulis, penulis berdoa agar Allah pulihkan kembali kulit penulis dan membantu menemukan dengan produk yang bersesuaian dengan muka penulis.Penulis semakin hari kembali kepada penampilan penulis yang asal, yang tidak suka follow atau be up to date in fashion..Penulis sebenarnya suka apa yang selesa untul dipakai..alhamdulilah..kesedaran itu sedikit demi sedikit menjalar dalam kehidupan.Penulis tidak pernah berputus asa untuk merawat kulit kembali..Penulis berdoa dengan niat yang betul,,niat penulis , cukup sekadar penulis dapat mengembalikkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain..Penulis tak mahu mereka rasa tak selesa dengan kulit penulis yang berjerawat teruk..penuh setiap inci dimuka...penulis tidak mengharapkan 100% kembali seperti dulu , cukup sekadar sedap orang memandang atau bicara dengan penulis.

SYUKUR   2 TAHUN PENULIS BERSABAR DAN BERDOA..ALLAH MENGIZINKAN JUA


Penulis akan berkongsi produk yang penulis guna yang Allah izinkan untuk dipertemukan kepada penulis...penulis akan kongsikan entry selepas ini..=) .. inshaALLAH...
Alhamdulilah, dengan perubahan kulit wajah penulis yang ingin kembali seperti dulu, penulis mula muhasabah diri, penulis mula berasa syukur yang teramat sangat. Walau tidak 100% tapi penulis bersyukur..Allah maha Adil..=)   .. Penulis mula melakukan perubahan dengan pakaian..Penulis sudah tidak selesa dengan pakaian yang mengikut badan walau ia juga baju kurung...

                      ALLAH MELETAKKAN RASA ITU PADA HATI PENULIS

Penulis masih tidak lengkap..ada yang perlu penulis beri kembali kepada Allah atas nikmat yang Allah berikan ...penulis teliti kembali tanggungjawab yang harus seorang hamba lakukan..MasyaALLAH..Penulis terlepas pandang akan selama ini..kecil pada pandangan manusia..tapi besar AZAB YANG AKAN DITERIMA..Ya ALLAH..AMPUNKAN DOSA HAMBAMU....artikel yang perkongsian oleh adik saya atau junior saya SYUHADAH menyedarkan saya tentang pemeliharaan kaki yang juga aurat buat sang hawa..subhanALLAH...alhamdulilah..terima kasih adik sayang...terima kasih ALLAH..

                                PERUBAHANKU KERANA TAKUT PADA ALLAH


Alhamdulilah..aku cuba beranikan diri dengan perubahan kerana ALLAH..yang tersenyum semestinya mak & abah.. mereka tak berkata apa..cuma penulis saja yang tahu ..=) ... 
Penggal terakhir...PMDS juga membantu untuk saya terus beristiqamah..alhamdulilah..akhirnya diri terlatih dengan izin ALLAH...Abah memberikan poket al-quran untuk penulis mengingati kalam Allah..penulis mengamalkannya kini..alhamdulilah..juga membasahi lidah dengan zikir Allah..tasbih ku gengam erat!..semoga ia kekal hingga akhir hayat...alhamdulilah..ilmu sedang dikumpul..mungkin terlambat..tapi Allah maha pengampun..inshaALLAH..jika kita bertaubat dengan tidak melakukannya lagi, dosa lalu akan terhapus dengan  izinNYA....=)  ..banyak lagi yang perlu diterokai..Ilmu Allah luas...


CANTIK YANG ALLAH BAGI INI AKAN DIJAGA DENGAN BAIK...SUNGGUH TERASA CANTIK DENGAN PERLINDUNGAN ALLAH!..alhamdulilah..Allahuakhbar!
 (cantik bagi penulis ialah cukup orang senang dari segi penampilan yang xmenjolok mata & berbudi bahasa)

ALLAH MENURUNKAN UJIAN DAN MEMBERI HIDAYAH DENGAN CARA YANG BERBEZA...SEMOGA KITA SENTIASA TERPELIHARA..ameen...


nota xingxing : saya akan cuba mencari ilmu untuk persediaan buat generasiku..
                         khas buat adah..ALLAH menghantar kamu untuk menyempurnakan perubahan diri 
                         saya..love u






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...