#niat #ikhlas
Daripada Amirul Mukminin,Abu Hafs Umar bin al-Khattab r.a berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda
"Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung kepada niatnya.Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang diniatkan.Barangsiapa hijrahnya kerana(ingin mendapat keredhaan Allah dan Rasul-Nya,maka hijrahnya kepada (keredhaan Allah) dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang diinginkannya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya,maka hijrahnya (akan dinilai sebagaimana) yang dia niatkan."
(Riwayat dua imam hadis, Abu Abdullah Muhammad bin Ismail & Abu al-Husain,Muslim bin al-Hajjaj)

*************************************************************************
EMPAT
Bismillahirrahmanirrahim
.......
Sabda Nabi SAW:
apabila jatuh oleh kamu dalam perkara yang besar maka berkata oleh kamu 'Hasbunallahu wanikmalwakil' .
......
Telah diriwayatkan oleh Hazifah bin Yaman drp Rasulullah SAW bahawasanya bersabda:
"apabila berkata seorang hamba 'Hasbiyallahu..' sebanyak 7kali nescaya berfirman Allah taala: benarlah hambaku,aku akan mencukupkannya samaada ia membenarkan dengannya atau tiada"
........
jom amalkan dalam kehidupan seharian..yang penting HATI IKHLAS DAN YAKIN PADA ALLAH SWT..
saranan tuan guru sy.. cukupkan 450kali satu hari...insya Allah...
namun jika tidak mampu..memadailah dengan 10kali setiap hari waktu pagi
(selepas buat sunat dhuha tu sempat lakukan)
*jom tmbahan zkir asmaulhusna...
ya wahhab 300x, ya fattah(111x) ya razzaq(111x) ya rahman(100x)...insyaAllah..istiqamah..moga terbiasa...
.........
Telah diriwayatkan oleh Abdul Malik bin Habiburahman bahawa sesiapa yang membacanya sebanyak 10kali pada waktu pagi nescaya
*terpelihara nikmat
*terpelihara limpah kurniaNYA
*terpelihara daripada kejahatan makluk
*mendapat taufik iaitu kekuatan melakukan taat
Perkongsian untuk sahabat..sambungan sedikit kupasan dri kitab tafsir sirrul jalil..
wallahu a'lam...
#istiqamah...
******************************************************************************
KETIGA
Kalimat "Hasbiyallahu wa nikmal wakil" datangnya
ucapan itu dari siapa??.....
Bismillahirrahmanirrahim..
Perkongsian dari kupasan kitab Sirrul Jalil "Hasbunallahu wa nikmal wakil"....
.....maka berkehendak mereka itu (NAMRUD & KAUMNYA) hendak mencampakkan dia(saidina ibrahim a.s) didalam api maka datang kepadanya malaikat yg menjga hujan&air " Jika engkau kehendaki aku memadamkan api,maka aku akan padamkan api ini" dan datang pula padanya malaikat mjga angin dan berkata " Jika engkau kehendaki menerbangkan api ini diudara nescaya aku akan lakukannya..Maka berkata saidina ibrahim a.s.." Tiada bagiku apa2 hajat kepada kamu, ‘Hasbiyallahu wa nikmal wakil’'.(Cukuplah penolongku hanya Allah semata-mata, dan Allah adalah sebaik-baik Penolong")
.................................................
Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim".
(al-Anbiya (21) : 69).
...................................................
Allahuakhbar..SubhanaAllah...
betapa hati yakin pada Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam..sedikit pon tidak terpaling kepada yang lain selain daripada Allah....
# sahabat..kita juga harus yakin pada Allah.tiada yang berkuasa selain Allah..zikir today...YA ALLAH..

hari ini saja nak kupaskan segala tajuk dan isi yang diceramahkan oleh seorang ustaz
bertempat di masjid Assolihin taman muhibbah (depan rumah saya!)
KEDUA
banyak yang dikupas tapi salah satunya ialah
berhenti daripada melakukan sesuatu perkara itu jika ia mendatangkan lebih banyak kerosakkan daripada kebaikan.
maksudnya jika kita membuat sesuatu yang memberi kita banyak masalah berbanding manfaat.
contohnya arak atau judi
ia membawa lebih kerosakkan daripada kebaikan
jangan disebabkan keuntungan daripada kerosakkan kita pejam mata.
Di dalam Al-Quran telah menjelaskan bahawa kerosakkan arak lebih teruk daripada manfaat
anda juga mengetahui kan cerita tentang orang yang minum arak membunuh saudaranya yang lain?..
contoh lain ialah
anda berkenalan dengan seorang kawan
kawan anda itu suka mengajak anda melakukan perkara-perkara mungkar atau kejahatan
jadi jika anda melihat dia mendatangkan kerosakkan yang lebih banyak maka tolaklah dia
melainkan anda telah menasihatinya dan dia sudah berubah
***********************************************************************************
PERTAMA
bila berlaku sesuatu jangan cepat membuat rumusan
kaji dahulu dengan baik atau tanya pada orang yang tahu jika anda tidak tahu
Islam menyuruh kita menilai seseorang itu secara keseluruhannya
bukan hanya pada pakaian atau rupa semata-mata
sebagai contoh anda ingin menilai A dan B
lihat pada A dan B mana yang lebih baik pada agama.
jika ia hanya baik pada kita itu namanya nafsu
sama la seperti kita berdendam dengan seseorang
itu nafsu namanya
maksudnya disini
kita hendaklah menilai sesorang itu dengan meletakkan wahyu diatas dan nafsu dibawah
nafsu itu ialah seperti perasaan kita
jangan menilai seseorang itu dengan perasaan.Jika nilai dengan perasaan kita akan jadi 'buta'
'buta' maksudnya kita tidak nampak akan kesalahan dan kesilapan yang dia lakukan
disebabkan itu kita biarkan dia terus melakukan kesilapan tanpa menegurnya
NILAILAH SESEORANG ITU SELARI DENGAN GARIS PANDUAN ISLAM
sayang seseorang itu kerana ALLAH SWT
benci seseorang itu kerana ALLAH SWT
***********************************************************************************
nota xingxing:
No comments:
Post a Comment