Friday, August 2, 2013

BUKAN HARI KU


Baju ku teliti semalam ku pakai
untuk hari terakhir disitu
 dan pertama ku keluar jauh setelah sekian lama
ternyata bukan hari ku...ku pasrah..walau hati sebak...
ku tahan dari mengalir jernih

risau hati bila melangkah keluar mencari 4 roda sebegitu lewat jarum jam berputar
ku lihat tiada ..resah hati ...detik hati bagaimana esok yg dinanti?
ku capai deringan yang  tak henti..terpaksa ku katakan aku sudah pergi
takut risau mereka nanti..ku simpan perkara hakiki..
walau hakikatnya masih mataku menanti nanti untuk pergi

alhamdulilah ada rezeki ..meski sudah lewat ...mulutku terus berzikir
'hasbiyaAllah waniqmalwakil' ..mengharap pertolongan dariNYA
tak henti mendoa kesejahteraan yang disana agar dapat mencari kembali semangatnya

ku terus melangkah naik bertukar roda..menunggu detik untuk melangkah lagi..
tanpa sangka... mengalir jernih juga..seperti mahu pulang raya pula...ku tak mampu tahan
itulah perit yang tak terjangka ... ku tetap senyum.. perkara yang biasa ku alami..
ku gagah jua bertahan kerana mereka juga Agama dan diri..

meminta masa mereka buat masa ku bukan mudah.. mereka juga ada rancangan juga komitmen selain pada ku ..ku perlu lagi terus merancang agar tidak terlalu menarik mereka bersama hingga mereka merasa ingin jauh

ku sayang semuanya...

ku datang untuk harapan ..hanya berdoa..jika esok bukan lagi hari ku..aku tetap tersenyum dalam aliran jernih ini..ku yakin PERANCANGAN ALLAH ITU TETAP YANG TERBAIK.....


nota xingxing : jom berbuka pada jam 12.10am ..ganti td xsempat berbuka..hehe




Tuesday, July 23, 2013

ALLAH MEMBERI SETIAP YANG KITA MINTA ...

ASSALAMUALAIKUM YA AKHI YA UKHTI
ALHAMDULILAH
Allah masih beri perlindungan ... syukur.. 
itu pentingnya meminta keredhaan Alla dalam melakukan apa pon keputusan
Alhamdulilah... bukan ini yang terbaik.. ada cara lain yang Allah mahukan
sungguh ujian mu sangat berat....
.............................................................................................................................................................
Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]
nota xingxing :  tuan tanah sdg merencanakan sesuatu demi masa depan keluarga.. jangan putus asa!..ada lagi caranya... insyaALLAH.. teruskan berdoa ..

Monday, July 1, 2013

Tangan Berpeluh

Assalamualaikum ya akhi, ya ukhti...

Alhamdulilah

herm..tangan berpeluh buat satu keputusan
ish kenapa perlu mcm ni.....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


nota xingxing: bila sy boleh bahagia?

Thursday, April 11, 2013

TIps Awal Sebelum Bertudung Labuh & Berpakaian Muslimah


Assalamualaikum ya akhi, ya ukhti...

Alhamdulilah

Di sini saya ingin kongsikan sedikit tips untuk bertudung labuh dan berpakaian muslimah sejati. Sejujurnya saya bukanlah seorang yang bertudung labuh, apatah lagi berniqab. Biasa-biasa je...hehehe...Hasrat di hati tu ada, namun masih tidak kesampaian. Rasa cemburu sering menular dalam diri tatkala terlihat para wanita atau gadis-gadis yang bertudung labuh. Subhanallah, mereka terlalu indah, seolah sekuntum mawar berduri. Cantik...tidak bisa disentuh, inikan pula hendak dipetik.



Kerap terdetik, bilalah agaknya aku nak bertudung macam tu...? Kata Ustaz Azhar Idrus, bertudung tidak wajib yang wajib adalah menutup aurat!!! Jadi penekanannya di situ, pakailah apa sekalipun yang penting tutup aurat. Pakainya yang benar bukan asal pakai dah lah...

"...Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu...."
 [surah 24; an-Nur; ayat 35]

"Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus." [surah 24; an-Nur; ayat 46]

Hidayah Allah sentiasa ada, namun kita tidak sedar. Merasai diri sudah memadai, sebaliknya ternyata diri dalam kelalaia. Sedang hati telah terpanggil ingin berjianak-jinak melakukan transfomasi, tetapi keutuhan hati tergugat dek kerana tiada keyakinan bimbang akan tomahan manusia. Namun terasa berat. Mari renungkan firman Allah;

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya." [surah 2; al-Baqarah; ayat 45-46]

Selama bernafas di bumi Allah ini, apabila diteliti semula keadaan penampilan diri yang agar tidak sempurna penutupan auratnya, hati tiba-tiba terasa malu kepada Allah. Alangkah bodohnya diri ini. Terkenangkan kejahilan diri melanggar perintah & garis panduan yang telah ditetapkannya. Membiarkan yang ajnabi meratah enak pemuas santapan mata dan mungkin siapa sangka jadinya pencetus bahan fitnah.


Ya Allah... Berilah aku kecekalan hati, kuatkanlah semangatku, dan sabarkanlah aku. Ya Allah tetapkanlah hatiku agar sentiasa berada di jalan-Mu Ya Allah...


Kepada sahabat yang hatinya telah lunak & lembut disapa bayu Hidayah Allah swt ingin berhijrah kepada bertudung labuh dan berpakaian muslimah tu, mari kita cuba langkah ini, semoga satu hari nanti kita juga jadi seperti 'mawar berduri'...InsyaAllah....


1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mengkaji maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Jadikan tafsir mini sebagai teman karib.

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha. Contohnya, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 iaitu yang melepasi bahu. Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? )

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata.



nota xingxing: cantikkan mereka  ..^_^ .. insyaAllah ... niat kerana Allah

Wednesday, April 10, 2013

7 LANGKAH MENGUNDI ~TANGGUNGJAWAB KITA BAGAIMANA?

Assalamualaikum ya akhi, ya ukhti...

Alhamdulilah

dah heboh kan tarikh mengundi?ehem ok..ni first time penulis nak keluaq p mengundi
4 MEI 2013 ambil jubah KONVO kat SHAH ALAM
5 MEI 2013 mengundi kat ALOR STAR
 acane tu??
mungkin nt ada perubahan kot

sekarang kempen merata-rata dalam MEDIA semua cerita pasal mengundi
tak suka tengok berita tau baca paper
sebab POLITIK BANYAK SANGAT!
semalam tengok jgk la
7 LANGKAH MENGUNDI dan sebagainya

abah saya berpesan 
 "tanggungjawab abah nak beritahu supaya nanti nanti mengundi pilih yang BERAGAMA ISLAM..
tak  kiralah nak pilih PARTI mana pon tapi pastikan pangkah pada orang islam..sebab ini disoal nanti di akhirat.
jangan menghukum sama ada  dia tak cukup solat tak cukup puasa
tapi lihat pada agamanya
dia tetap ada iman..dia menang ka dia kalah ka bukan kita menentukan..
berdoalah agar dpt buat pilihan yang bijak"

Ayat dalam surah al-Maidah, ayat 57 bermaksud; “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan (pemimpin atau ketua) orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejekan dan permainan, daripada ahlil kitab yang sebelum kamu dan (jangan kamu jadikan) orang kafir sebagai ketua dan takutlah kepada Allah, jika kamu sungguh-sungguh orang beriman”.

selamat mengundi!





nota xingxing:  ke KL minggu depan..yuhuuuu.... moga dipermudahkan







Tuesday, April 9, 2013

AISYAH ~ UMMUL MUKMININ

Assalamualaikum ya akhi, ya ukhti...

Alhamdulilah


ok..dah lama nak letak entry ni
adus..ini la buku yang sebenarrrrnyerrr..



tuan blog mencari buku tentang peribadi Aisyah dan Khadijah
full versii ..alhamdulilah ini rupanya bukunya

yang before ni
itu contoh untuk berumah tangga
patut la adik practikal gelak kat penulis
cakap nak kahwin
hehe
last2 mereka yang melekat membaca
tuan blog tak membaca lagi pon 
 nak tau buku apa?
klik sini 
buku itu penulis kasi sama my sister untuk membaca
tuan blog akan membaca ini..
hehe


nota xingxing: dugaan 30hari..mcm2 yang datang... macam2 yang Allah uji..insyaAllah...doakan!

Monday, April 8, 2013

PUAN suka putih... SAYA suka coklat .. ^_^

Assalamualaikum ya akhi, ya ukhti...

Alhamdulilah

penulis sedang mencari identiti baru
dok belek kat rumah tgk baju xdak ok!
baju zaman belasan tu banyak la
skrg i dah 20-an..Huhu

alhamdulilah..
terima kasih Allah
pergi kerja pakai baju kurung jerrr
hujung minggu pergi pondok berjubah
bila nak keluaq jumpa cust
nak keluaq berjalan
aik..mana p abeh baju ni
tinggal JERSEY ja..hahaha
yang lain dah xminat

ahhaha..alhamdulilah
insyaAllah
xsalah keluaq pakai bju kurung kan
pakai la apapon jnji tutup aurat noh

searching punya searching
dok nampak kale coklat jaaaa yang berkenan
ok nak buat mcm mana
i suka kale bumi ja...hoho
maybe sebab  i kurang cerah??
hahaha

kalau Puan Jelita suka putih...kemana saja dia akan pakai baju putih
saya pon boleh kot pakai brown jer....hihi..maaf unknown future husband..xminat sudah..sy selesa
hihi

sampai my neighbour ckp bnyknya gambar baju kale brown..hihi



oh ini Puan jelita .. ^_^ me call her puan jelita atau org panggil Hajah
atau Puan Puteh kot .. mak kpd kak BB yg i inspired a lot!


her colour fav is white
my colour fav is earth colour
so, termasuk lah brown,sky blue,white and green and also darkeeerrr colorrr
hehehe

nota xingxing :  sy beli buku untuk 30days....





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...