Wednesday, April 25, 2012

Terasa resah dan kosong ...cinta ku kian subur..

Subur dengan syukur....

*orang yang bersyukur sentiasa malu untuk "dimiliki" selain daripada Allah.Apabila manusia tidak merasakan memiliki dan dimiliki,HATINYA SUBUR DENGAN SYUKUR.Itulah kemuncak ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup...♥

....................................................................................................................................................................






PADA zaman Saidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Kaabah yang maksudnya: "Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit." Doa beliau didengar Saidina Umar yang melakukan tawaf di Baitullah.

Saidina Umar hairan dengan permintaan pemuda itu. Selepas selesai melakukan tawaf, Saidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa, apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?” 

Pemuda berkenaan menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A’raaf, ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur.”

Pemuda itu menjelaskan, beliau memohon supaya Allah memasukkannya dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu.”









nota xingxing: Ya Allah masukkan aku juga dalam golongan yang sedikit itu..amin..
♥ majalah SOLUSI (no.43)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...