Tuesday, October 11, 2011

Perjalanan pemuda gred C hingga menjadi setaraf dengan pemuda gred A

satu semangat yang saya dapat sepanjang perjalanan dari Merbok ke Alor Staq
perlu dikongsi bersama!

semeling atau merbok kini yang merupakan rumah kedua saya
di mana saya  menimba ilmu disini 
merupakan satu tempat bersejarah bagi seorang pemuda ini 
yang suatu ketika dahulu membesar disini

sk semeling merupakan tempat belajarnya
baginya belajar dan  tak belajar itu bahagi dua sebabnya dia orang susah
hingga cikgu menjadi pengikut setia kerana jarang ke sekolah
di semeling tinggal bersama ibunya
pergi ke anak bukit apabila tiba giliran ayahnya
disebabkan si pemuda ini yang ketika itu berumur antara darjah 4 ke 5
ditukarkan ke sekolah anak bukit oleh ayahnya kerana ayahnya sangat pentingkan ilmu 
walaupun ayahnya hanya orang kampung

ketegasan ayahnya menjadikan si pemuda ini antara orang terpandai disekolah itu
hinggakan ada cikgu bahasa ingin mengambilnya sebagai anak angkat
ingin membelanya hingga besar namun hasrat itu tidak kesampainya

dulu dipanggil ujian apa ntah 
sekarang UPSR
mungkin kerana kesilapan
pemuda ini meminta rayuan untuk masuk ke darjah 6 kembali buat kali kedua
(ketika itu guru besar ialah ayah kepada ustzah bahiyah)
kerana semua pelajar ketika itu tidak datang mengambil exam
peluang ini digunakan sebaik mungkin!

akhirnya pemuda ini bersama 3 lagi rakannya atau juniornya 
ditawarkan masuk ke tingkatan 1 iaitu sekolah melayu pertama ditubuhkan
iaitu SM SULTAN ABD HALIM atau famous dengan panggilan JENAN!
mereka merupakan batch pertama yang menduduki sekolah itu!

ujian dari pihak sekolah dijalankan sekali lagi bagi menentukan kelas masing-masing
pemuda yang hanya lulus taraf GRED C berjaya menduduki kelas nombor satu 
setaraf dengan pemuda GRED A
hebat bukan?

dari tingkatan 1 hingga lah tingkatan 6 atas 
selama 7 tahun di sekolah itu
dipaksa menuntut dalam aliran sains kerana gred yang bagus
terpaksa menelan segala kepahitan
berpegang kepada ALWAYS SAY YES!
sentiasa berusaha!
alhamdulilah
pemuda ini berjaya mengekalkan kedudukannya di kelas pertama

*Habuan sesorang itu pasti ada buat manusia yang sentiasa berusaha untuk mengubah kehidupan mereka.
Peluang yang datang itu gunalah sebaik mungkin 
walaupun peluang itu sentiasa ada namun kita tidak akan berjaya 
jika peluang yang datang itu tidak kita hargai!*


KITA TIDAK BOLEH BERJAYA
SEKIRANYA  KITA MENGATAKAN 
KITA AKAN GAGAL
(Tun Dr. Mahathir)


PEMUDA (bapak orang dah..hee) YANG DIMAKSUDKAN
KINI MENJADI KEBANGGAAN ANAK-ANAK

JOHAN BIN ISMAIL
mengingatkan anaknya sentiasa say YES!

USAHA
DOA
TAWAKAL


MASA DEPAN kita bermula daripada APA yang kita USAHAKAN pada HARI INI





nota xingxing: bila kita berjaya cerita kita itu menjadi kebanggaan & kekuatan anak-anak bukan?.ayuh!..pandang kehadapan..jangan sebab kita perempuan dan nanti kena ada kat dapuq kita tak leh berjaya kan!..berjaya didapur pon ok la!..SURI RUMAH ADA IJAZAH!..hehehe...

*gambar terakhir ketika menjadi seorang pengawai di JPN KEDAH...

*status skrg: pesara ..namun hebat bukan menjadi seorang guru?..tidak pernah lekang dibibir dengan panggilan guru...=)








No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...